PETALING JAYA: Malaysia akan mempunyai masa depan yang lebih cerah dan progresif sekiranya Sabah dan Sarawak diberikan satu pertiga kerusi Parlimen, kata Adun kanan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Adun Bawang Assan selama tujuh penggal, Wong Soon Koh, berkata Sarawak sentiasa menjadi contoh dalam keterbukaan serta kehidupan aman antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
Beliau berkata terdapat budaya ekstremisme yang kini ‘menular dengan pantas’ di negara ini, yang bercanggah dengan nilai progresif yang menjadi asas pembinaan negara.