MatchPoint Times

Home

Masidi nafi tuduhan rasuah selepas kemenangan DUN Karanaan dicabar di mahkamah

Cover Image for Masidi nafi tuduhan rasuah selepas kemenangan DUN Karanaan dicabar di mahkamah

Setiausaha agung GRS yang menang kerusi itu pada PRN 29 Nov lalu berkata tuduhan itu tak berasas, tak berlandaskan fakta.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Masidi Manjun menafikan dakwaan berlakunya rasuah dan pelanggaran peraturan pilihan raya semasa PRN Sabah, susulan semakan kehakiman yang difailkan oleh seorang calon bebas yang mencabar kemenangannya di Karanaan.

Ini susulan laporan Naomi @ Neomi Francis memfailkan permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk batalkan pengisytiharan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan kemenangan Masidi di DUN itu dan menggesa pilihan raya baharu diadakan.

Mengulas lanjut, Masidi berkata dakwaan Naomi itu sebagai tidak berasas, tidak berlandaskan fakta dan bertujuan melemahkan proses demokrasi serta kepercayaan rakyat.

Tags:calon BebasDUN KaranaanGRSMasidi ManjunNaomi @ Neomi FrancisPRN SabahSemakan KehakimanSPR


Polis tahan suspek terlibat kejadian letupan di Nilai

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata suspek ditahan dan dihantar ke hospital kerana cedera.

🟡Bernama

PAS tak boleh terima tindakan Adun tarik sokongan kerajaan PN

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkembangan di Perlis itu wajar dibincangkan dalam majlis tertinggi gabungan terbabit.

🟡Mohamad Fadli