PETALING JAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menjalani rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur selepas dinasihatkan oleh pasukan perubatan untuk berehat kerana mengalami simptom keletihan.
Pejabat menteri dalam kenyataan memaklumkan keadaan Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu adalah stabil.
“Pasukan perubatan menasihatkan beliau untuk berehat disebabkan terdapat simptom keletihan. Keadaan beliau adalah stabil,” kata kenyataan itu.