KOTA BHARU: Mayat lelaki dengan kesan luka hiris pada leher ditemukan terapung di tebing Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra.
Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud, berkata maklumat mengenai penemuan mayat itu diterima daripada MERS 999 pada 6.30 petang, semalam, sebelum pihaknya bersama unit Forensik IPK Kelantan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa adalah seorang lelaki tanpa sebarang identiti, berpakaian kemeja-T berkolar ungu, dan seluar pendek khakis coklat dengan bertali pinggang.