BATU PAHAT: Nelayan kedua yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut di perairan Batu Pahat Sabtu lepas ditemukan lemas pagi tadi berhampiran Pulau Bengkalis, Indonesia.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Mohamad Zaini Zainal berkata mayat Mohd Fazli Misran, 41, ditemukan anggota Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia pada 9 pagi, kira-kira tujuh batu nautika timur laut Pulau Bengkalis.
Beliau berkata mangsa kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
