PETALING JAYA: Menteri Besar Perlis Shukri Ramli telah dibenarkan keluar hospital petang tadi, setelah dilaporkan menerima rawatan susulan sakit dada sebelum ini.
Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi hantaran ringkas di Facebook.
“Alhamdulillah. Saya selamat ‘discharge’ petang tadi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya. Mudahan kita dikurniakan kerahmatan oleh Allah,” katanya.
