PETALING JAYA: Kemenangan besar pada PRK Parlimen Kinabatangan dan Lamag minggu lalu menunjukkan Barisan Nasional (BN) wajar meneruskan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan sahaja dalam pentadbiran tetapi politik.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar, mengakui kemenangannya ke atas Warisan dengan majoriti 14,214 undi turut disumbangkan rakan dalam kerajaan seperti GRS dan Pakatan Harapan (PH) yang turun membantu kempen.
Katanya, jika kerjasama itu diteruskan pada PRU16, gabungan perpaduan di Sabah ditunjangi GRS mampu menang sekurang-kurangnya 21 daripada 25 Parlimen.
