KUANTAN: Sebuah menara komunikasi milik syarikat telekomunikasi CelcomDigi di Dong, Raub, dilaporkan rosak akibat perbuatan vandalisme, sekali gus menjejaskan perkhidmatan di beberapa kawasan sekitar.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata, siasatan awal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati menara itu berperanan sebagai ‘collector’ yang menghubungkan lapan menara pemancar lain.
Katanya pemancar yang terjejas susulan insiden itu terletak di Kampung Gesing, Sungai Ruan, Kampung Jelu, Bukit Pampong, Kampung Chendra Chinchin, Kampung Tanjung Putus, Kampung Temau dan Kampung Gali Hilir.