KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri enggan diheret ke dalam perdebatan mengenai dakwaan bahawa penceramah kontroversial, Zamri Vinoth, diberi ‘layanan istimewa’, selepas gambar beliau dihidangkan makanan ketika dalam tahanan tular di media sosial.
Saifuddin Nasution Ismail beritahu Dewan Rakyat bahawa tafsiran situasi tersebut bergantung pada sudut pandang pihak-pihak yang melihat gambar tersebut dan mereka yang ditahan.
“Jadi bergantung sudut pandang mana. Ya, sebab itu saya tak mahu pergi kepada yang tajuk-tajuk itu,” katanya ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi kementeriannya.
