PUTRAJAYA: Cubaan keldai dadah warga Thailand menyamar pelancong dari Afrika untuk menyeludup kokain seberat 1kg gagal apabila ditahan di Ketibaan Antarabangsa Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 18 Mac lalu.
Penanggung Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Ahmad Taufik Sulaiman, berkata, wanita terbabit diberkas sebaik tiba di negara ini kira-kira 7 malam dengan menaiki penerbangan antarabangsa dari timur Afrika.
“Dia ditahan untuk pemeriksaan selepas imej imbasan ke atas beg miliknya menunjukkan objek dan imej mencurigakan, disyaki mengandungi dadah.