PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai tentera udara mempersoalkan sikap seperti ‘sambil lewa’ terhadap keselamatan dan piawaian tingkah laku di pangkalan tentera, susulan dakwaan baru-baru ini berkait penganjuran parti liar yang dikatakan turut melibatkan pekerja seks.
Kapten bersara tentera udara, Abdul Rahmat Omar Haniff, berkata pelanggaran sedemikian hampir mustahil berlaku tanpa dikesan.
“Ia adalah sesuatu yang sangat melampau jika ia benar. Apa sudah jadi kepada pelbagai proses keselamatan?” katanya. “Pastinya pengawal tahu. Tentu pegawai bertugas pada malam mereka ini masuk tahu. Pastinya, komander bertugas akan menerima laporan jika ada laporan dibuat.”
