PETALING JAYA: Dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan kenaikan sederhana di Bursa Malaysia menyebabkan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) susut kepada 6.15% bagi 2025 berbanding 6.3% tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, ahli ekonomi menyifatkan pulangan itu kekal memberangsangkan dalam keadaan pasaran global tidak menentu.
Barjoyai Bardai dari Malaysia University of Science and Technology berkata turun naik dolar AS mengurangkan secara ketara pulangan keseluruhan KWSP.
