PETALING JAYA: Pengerusi Urimai P Ramasamy mempertahankan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri susulan persoalan dibangkit segelintir pihak berkait perbicaraan rasuah yang masih tertangguh.
Beliau berkata kes mahkamah sedemikian perlu dilihat dalam konteks politik Malaysia lebih luas dengan mendakwa pertuduhan terhadapnya sering digunakan sebagai senjata melemahkan lawan.
“Pada pandangan saya, dakwaan terhadap Muhyiddin bermotifkan politik, satu usaha terancang kerajaan untuk melemahkan pembangkang.