PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dijangka memecat beberapa ahli kerana menyertai parti lain dalam kerajaan sekarang.
Perkara itu didedahkan Timbalan Presiden Mohamad Hasan di Seremban petang tadi, menegaskan tindakan mencuri ahli parti rakan akan menyukarkan hubungan.
“Kalau ini terjadi susahlah. Macam mana kita boleh bekerjasama dan menubuhkan kerajaan tapi masing-masing curi,” katanya lapor Kosmo.