KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Jukris Abdul Wahab sebagai ketua pegawai operasi (COO), berkuat kuasa 1 Feb.
Syarikat minyak dan gas negara serta global itu menyatakan pelantikan itu sejajar dengan usaha untuk merealisasikan aspirasi transformasi dalam senario tenaga dunia yang dinamik.
“Pelantikan Mohd Jukris sebagai COO juga adalah seiringan dengan peranannya sebagai naib presiden eksekutif serta ketua pegawai eksekutif huluan di Petronas,” kata syarikat itu dalam kenyataan ringkas.
