PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan antara lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan berlaku sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026, yang dijangka bermula awal November ini sehingga Mac 2026.
Ketua Pengarah METMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata, pada fasa awal monsun antara November hingga Disember 2025, hujan lebat dijangka memberi kesan utama kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Sementara itu antara Disember 2025 hingga Januari 2026, episod hujan lebat berterusan dijangka melanda Johor, Sabah dan Sarawak.