PETALING JAYA: Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan penganjur program ‘Glamping With Pride’ yang didakwa mempromosikan gaya hidup dan budaya songsang membatalkan atau menghentikan aktiviti bertentangan fitrah manusia itu.
Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, penganjuran program yang cuba menyuntik elemen itu biarpun dikaburi dengan aktiviti rekreasi yang kelihatan normal seperti glamping, jelas dilarang.
Katanya, ia adalah satu bentuk mempromosikan perbuatan maksiat dan dosa secara terbuka terutama di negara ini yang meletakkan agama Islam sebagai istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan.
