PETALING JAYA: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, mempengerusikan mesyuarat Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) hari ini, ketika perselisihan dengan PAS mengenai jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) masih berterusan.
Muhyiddin disertai oleh pemimpin komponen PN lain seperti Presiden Gerakan, Dominic Lau, dan Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), S Subramaniam.
Pemimpin PAS tidak kelihatan meskipun parti itu sebahagian daripada IPR.
