PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas prosedur pemasangan sten menunjukkan perkembangan positif.
Anak bongsunya, Husna berkata, jantung bapanya yang sangat lemah sekitar 35% sebelum ini, mula menunjukkan peningkatan.
“Sekarang keadaan abah (Hashim) semakin baik berbanding sebelum ini. Saya berharap masyarakat terus mendoakan abah kembali sihat,” katanya menurut Utusan Malaysia.
