PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini membebaskan Naib Canselor Kolej Universiti Manipal Malaysia (MUCM) G Jayakumar daripada pertuduhan memperdaya rakan sekerja untuk melantik seorang pensyarah dengan bayaran RM20,000.
Hakim Elesabet Paya Wan membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap Jayakumar, menurut Bernama.
“Saya berasa dibela dan bersyukur kerana proses kehakiman telah selesai dan kebenaran telah terbukti,” kata Jayakumar dalam satu kenyataan.
