KUALA LUMPUR: Puteri Umno mencadangkan had usia keahlian sayap itu dinaikkan kepada 40 tahun bagi menjamin kesinambungan kepimpinan dan kelangsungan perjuangan parti.
Ketuanya Nurul Amal Mohd Fauzi berkata cadangan itu bukan bersifat emosi atau sementara, sebaliknya keperluan strategik untuk memastikan bakat yang telah dilatih dalam Puteri tidak terpinggir apabila melepasi had usia sedia ada.
“Kami mahu memastikan pelapis yang telah dilatih dalam Puteri tidak hilang begitu sahaja apabila mereka meningkat usia.
