MatchPoint Times

Home

Najib nafi cetus pelantikan ahli Lembaga Pengarah SRC

Cover Image for Najib nafi cetus pelantikan ahli Lembaga Pengarah SRC

Bekas perdana menteri berkata, dia hanya luluskan pelantikan, tak terlibat cadang atau pilih calon.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, peranan beliau di SRC International terhad kepada kuasa veto, menegaskan dia tidak mencetuskan sebarang pelantikan ahli lembaga pengarah mahupun menguruskan hal ehwal syarikat tersebut.

Ketika memberi keterangan dalam saman sivil oleh SRC International dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd, Najib berkata, dia sekadar meluluskan pelantikan ahli lembaga yang dikemukakan kepadanya dan tidak terlibat sama sekali mencadangkan atau memilih calon.

SRC International sedang dalam usaha memperoleh semula RM42 juta yang didakwa telah diseleweng, yang mana pihak plaintif mendakwa Najib bertanggungjawab berikutan kuasanya ke atas syarikat tersebut.

Tags:kuasa vetolembaga pengarahMahkamah Tinggi Kuala LumpurNajib RazakSRC International


Pendakwaan bantah permohonan bekas setpol Hamzah padam penyataan saksi

Timbalan pendakwa raya berhujah permohonan pembelaan untuk padam beberapa perenggan penyataan saksi itu adalah pramatang.

🟡Bernama

Before the public misses Umno, Umno must first miss itself, says Johari

The party’s vice-president says Umno’s failure to project unity makes it harder to win public confidence.

🟡Nora Mahpar and Nur Alif Hazmi