KUALA LUMPUR: Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau tidak menjangka sebarang masalah dengan akaun peribadi AmBank miliknya meskipun ia diurus individu yang beliau tidak pernah temui sebelum ini.
Semasa sesi pemeriksaan balas oleh peguam SRC International, Kwan Will Sen, bekas perdana menteri itu ditanya mengenai keputusannya melantik bekas CEO SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, sebagai pengurus akaun.
Najib berkata beliau tidak mengenali Nik Faisal, yang pelantikannya dicadangkan oleh setiausaha peribadi utama beliau ketika itu, Azlin Alias.
