PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia telah memulangkan semula dana berjumlah USD620 juta yang tidak digunakan daripada sumbangan diterimanya kepada akaun asal, selepas mendapatkan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam kenyataan lisannya sebelum hujahan pihak pembelaan, Najib berkata, dana yang menjadi tumpuan meluas media itu telah digunakan bagi tujuan politik dan kebajikan sosial.
Najib turut menegaskan dia tidak mempunyai sebarang akaun luar pesisir.