IPOH: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan seorang diri awal pagi tadi ditemui lemas dengan mayatnya tersangkut pada pukat di perairan Tanjung Piandang, Kuala Kurau.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Mohd Hairil Othman berkata kehilangan mangsa, Mohd Hafifi Harun, yang berusia 30-an, disedari oleh komuniti nelayan setempat selepas bot miliknya ditemui terapung tanpa pengendali sekitar pukul 8 pagi.
“Mangsa dipercayai keluar ke laut seorang diri sekitar pukul 3 pagi sebelum usaha mencari segera dilancarkan oleh nelayan setempat, sebelum pihak Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kurau menerima maklumat daripada polis.