PETALING JAYA: Nepal memfailkan aduan kepada Fifa untuk membatalkan kekalahan 2–0 kepada Malaysia pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2027, selepas mendakwa Harimau Malaya menurunkan pemain tidak layak beraksi.
Menurut The Guardian, Persatuan Bolasepak Seluruh Nepal mendakwa Hector Hevel, seorang daripada penjaring gol dalam perlawanan itu, ‘telah diisytiharkan tidak sah bermain oleh Fifa, justeru keputusan perlawanan itu boleh dibatalkan’.
Malaysia menumpaskan Nepal 2-0 dalam pertemuan pada 25 Mac, di Stadium Sultan Ibrahim, hasil jaringan Hevel dan Lavere Corbin-Ong.