PETALING JAYA: Sebuah NGO antirasuah menggesa larangan sepenuhnya penggunaan surat sokongan dalam urusan perolehan kerajaan bagi mengelakkan ketirisan dan salah guna kuasa.
Ia menyusuli pendedahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam, beliau menerima surat daripada exco Terengganu dan Kelantan yang meminta kelulusan projek tertentu.
Anwar yang juga menteri kewangan mengecam permohonan tidak beretika, yang didakwa berbeza sama sekali dengan surat sokongan biasa termasuk kes membabitkan bekas setiausaha politik kanannya Shamsul Iskandar Mohd Akin yang hanya meminta permohonan syarikat tertentu dipertimbangkan.
