PETALING JAYA: Empat NGO dan sebuah badan pemikir menggesa Putrajaya berunding dengan kerajaan Sabah dan Sarawak untuk memeterai ‘Perjanjian Malaysia 1963 Plus’ (MA63+).
bagi menegaskan autonomi kedua-dua negeri Borneo itu serta melaksanakan desentralisasi kuasa.
Pertubuhan-pertubuhan itu berkata perjanjian baharu diperlukan bagi mengembalikan autonomi Sabah dan Sarawak sebagai wilayah istimewa susulan persepsi yang semakin berkembang dalam kalangan rakyat kedua-dua negeri bahawa kerajaan persekutuan tidak komited menunaikan MA63.
Dalam satu kenyataan, mereka berkata MA63+ perlu dibina berasaskan perjanjian sedia ada dan memberi Sabah serta Sarawak autonomi dalam bidang pendidikan, kesihatan dan tenaga kerja, yang mana hanya diberikan kepada Singapura ketika Malaysia dibentuk pada 1963.