SEREMBAN: Negeri Sembilan memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 3,600 guru dan 450 bilik bagi menampung 32,364 murid Tahun 1 yang dijangka mendaftar bagi sesi persekolahan 2027.
Jumlah itu melibatkan murid berusia tujuh tahun (16,346) yang akan memasuki Tahun 1, dan enam tahun (16,018 orang) sekiranya ibu bapa memilih untuk menghantar anak bersekolah pada usia lebih awal.
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata keperluan penambahan bilik dan guru itu sangat penting bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
