PUTRAJAYA: Ombudsman Malaysia akan ditubuhkan dengan mandat yang lebih luas untuk memperkukuh integriti dan ketelusan sektor awam negara.
Perkara itu dipersetuju dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Negara (JKKTN) 2025 yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan cadangan itu merangkumi fungsi salah tadbiran, salah laku, perlindungan pemberi maklumat serta kebebasan maklumat yang mengutamakan kepentingan dan hak rakyat untuk mengajukan aduan bagi penambahbaikan perkhidmatan dan mengekalkan tahap integriti tinggi sektor awam.
