KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil 16 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan proses permohonan pendatang asing melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) yang melibatkan pegawai agensi penguat kuasa.
Menurut sumber, SPRM turut mengenal pasti ejen-ejen syarikat yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut, dan kertas siasatan dijangka siap pada pertengahan Disember.
“Hala tuju siasatan menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009, iaitu kesalahan meminta atau menerima rasuah serta kesalahan menawarkan atau memberi suapan.
