PETALING JAYA: Singapura harus berwaspada dengan orang asing yang memainkan isu kaum dan agama untuk kepentingan politik sendiri, menurut menteri kanan republik itu.
Mengulas catatan beberapa pemimpin PAS menjelang pilihan raya Singapura, Menteri Negara Kanan Pertahanan, Zaqy Mohamad, berkata eksploitasi kaum dan agama bertentangan dengan usaha tiga dekad memupuk hubungan kaum.
“Selama 60 tahun kita berusaha pupuk keamanan, perpaduan, keharmonian, rasa saling mempercayai antara kaum, dan sebagai masyarakat berbilang agama di mana kita memahami dan menghormati kepercayaan satu sama lain, sudah tentu kita tidak mahu situasi di mana perkara ini dieksploitasi,” katanya lapor CNA.