PETALING JAYA: Presiden PAS Hadi Awang menyifatkan pengundi di Sabah ‘lebih cerdik daripada pemimpin negara’, ketika mengulas kontroversi ‘roti Gardenia’ yang mengundang kecaman sejak dua hari lalu.
Menurut Hadi, rakyat Sabah bukanlah lemah atau mudah terpengaruh, dan menggunakan kenyataan mengenai roti itu untuk menyentuh isu yang lebih besar tentang hutang dan aset negara.
Beliau berkata demikian berikutan kenyataan tular Exco Kedah Mansor Zakaria bahawa undi Sabah boleh dimenangi ‘dengan roti Gardenia’.
