NAIROBI: Ketua Majlis Pelarian Norway (NRC) memberi amaran ribuan orang berdepan risiko kematian di wilayah Kordofan Selatan, Sudan, hanya beberapa bulan selepas kejatuhan bandar El Fasher di Darfur, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Susulan lawatan ke wilayah itu, Jan Egeland, berkata kumpulan militia sedang mengepung bandar Kadugli dan Dalang, yang juga dikenali Dilling.
“Ini saat kritikal,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
