PETALING JAYA: Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) mendakwa segelintir ahlinya ‘serba salah’ kerana ada pelanggan menetapkan prosedur keselamatan sendiri termasuk mewajibkan pengimbasan MyKad untuk memasuki bangunan.
Presiden Mohammad Ubaidillah Enam@Iman mendakwa, keadaan itu menyebabkan ada pengawal keselamatan terpaksa mengikutinya walaupun tindakan tersebut tidak dibenarkan kerajaan.
“Pengawal keselamatan terpaksa melakukan pengimbasan MyKad sebagai syarat membenarkan kemasukan pelawat ke dalam bangunan atau kawasan jagaan,” katanya kepada FMT.