ISTANBUL: Parlimen Iran telah meluluskan langkah menutup Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut susulan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga kemudahan nuklear, kata seorang penggubal undang-undang kanan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.
“Parlimen telah mencapai kesimpulan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup,” kata Esmaeil Kowsari, anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, dalam kenyataan disiarkan Press TV milik kerajaan.
Selat Hormuz dianggap pintu masuk terpenting dunia untuk pengangkutan minyak.