PETALING JAYA: Beberapa ahli PAS bukan Islam disenarai pendek calon berpotensi PRN Sarawak akan datang, menurut Pesuruhjaya PAS Sarawak, Arifiriazul Paijo.
Beliau berkata, PAS Sarawak sudah menyenaraikan beberapa calon, namun keputusan muktamad belum dibuat kerana parti perlu memperhalusi setiap aspek sebelum pengumuman rasmi.
“Ahli-ahli sayap Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) aktif di kawasan-kawasan seperti Bintulu, Kuching, dan Batang Lupar. Terdapat kemungkinan calon bukan Islam akan diketengahkan, namun keputusan muktamad masih belum dibuat,” menurut Borneo Post memetik kenyataan.
