MatchPoint Times

Home

PAS tak layak urus negeri sekecil Perlis, kata Mahfuz

Cover Image for PAS tak layak urus negeri sekecil Perlis, kata Mahfuz

Naib presiden Amanah berkata kemelut politik negeri itu berlaku tanpa ancaman pembangkang.

PETALING JAYA: Kemelut politik Perlis membuktikan kegagalan PAS dan Perikatan Nasional (PN) mentadbir serta mengawal negeri sekecil Perlis, selain bertelagah sesama sendiri tanpa ancaman pembangkang, kata Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar.

“Perlis negeri kecil, lebih kecil daripada sebuah daerah di Kedah dan jumlah rakyatnya juga tidak ramai. Jika negeri sekecil ini pun gagal diurus, ini bukan soal cabaran, ini soal ketidaklayakan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata krisis itu bukan perkara baharu kerana telah berlarutan lebih setahun, meskipun pelbagai usaha dilakukan termasuk pertukaran pesuruhjaya PAS negeri, pelantikan pengerusi PN baharu, dan rundingan tertutup.

Tags:Mahfuz OmarPASPerlisPN


King Charles calls for more compassion in Christmas speech

Britain’s King Charles III found it enormously encouraging that people of different faiths shared a longing for peace.

🟡AFP

Lambakan sampah selepas sambutan Krismas undang teguran menteri

Nga Kor Ming selar sikap tidak bertanggungjawab individu buang sampah merata-rata di Kuala Lumpur, sifatkan tingkah laku itu malukan negara.

🟡FMT Reporters