ALOR SETAR: Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu mampu memimpin Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dan pelbagai kaum berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta mengikut acuan Islam sebenar.
Hadi berkata, acuan Islam yang dibawa PAS tidak akan meminggirkan hak dan kepentingan kaum lain di negara ini.
“Percayalah bahawa hanya Islam yang sempurna, adil dan rahmat dapat menyatukan masyarakat majmuk dengan harmoni dan selamat.