PETALING JAYA: PAS mengumumkan keahlian tiga Adun di Perlis terhenti serta-merta.
Presiden Hadi Awang mengumumkan keahlian Saad Seman (Chuping), Anwar Ismail (Bintong), dan Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti, susulan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat hari ini.
Hadi berkata ketetapan dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) perlembagaan PAS.
