PETALING JAYA: Pasukan khas bomba digerakkan ke sebuah klinik kesihatan di Jelutong, Pulau Pinang susulan kebimbangan mengenai kebocoran gas, apabila seorang juruteknologi makmal dibawa ke hospital kerana tidak sedarkan diri.
Keadaan di klinik yang terletak di Taman Desa Green itu dipastikan selamat, selepas Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) mendapati tiada unsur kebocoran gas dan tiada tumpahan bahan kimia.
“Bomba membuka tingkap bagi menstabilkan kandungan udara di dalam ruang terlibat. Setelah mendapati bacaan kandungan oksigen di ruang terlibat berada pada tahap normal dan memastikan keadaan adalah selamat, komander operasi lapor operasi tamat,” menurut kenyataan.
