PETALING JAYA: Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes Pamela Ling yang didakwa dilarikan tiga individu ketika dalam perjalanan memberikan keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 9 April lalu.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk menubuhkan pasukan terbabit.
“Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat malam ini untuk mengetahui perkembangan terkini siasatan kes,” katanya menurut Sinar Harian.