KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MoT) menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi menyiasat kejadian letupan kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor dan kejadian tren komuter terlajak di Stesen Butterworth, Pulau Pinang.
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata penubuhan pasukan itu diputuskan dalam mesyuarat pasca-Jemaah Menteri hari ini, bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus, bebas, dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.
“Letupan kontena di atas sebuah kapal ketika kerja pemunggahan dijalankan pada 7 Nov 2025 mengakibatkan tiga kematian dan tiga lagi cedera. Pasukan petugas akan meneliti keseluruhan aspek operasi, pematuhan keselamatan serta mekanisme pengendalian kargo berbahaya.
