KUALA LUMPUR: Pengarah syarikat warga India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang syarikat, empat tahun lalu.
Rajinder Singh, 57, didakwa melakukan pecah amanah wang syarikat Vantage Trading Partners berjumlah RM141,486.12, iaitu wang yang dalam jagaan tertuduh sebagai pemegang kuasa di syarikat berkenaan.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di syarikat tersebut di Ilham Tower, Jalan Binjai, pada 13 Okt 2021 dan 26 Nov 2021 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.