KUALA LUMPUR: Polis merekodkan keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes pecah masuk kediaman cucu bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang, di sini pada Rabu lepas.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata tiga individu terbabit terdiri daripada pengawal keselamatan dan dua pembantu rumah melibatkan warga tempatan dan warga asing.
“Bagaimanapun, setakat ini tiada lagi tangkapan dilakukan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.