PETALING JAYA: MCA menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim melepaskan portfolio kewangan dan memecat Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, berkata kedua-duanya merupakan dua janji utama Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, terutama selepas kekalahan teruk pada PRN Sabah minggu lalu.
“Kedua-dua reformasi ini boleh dilaksanakan serta-merta tanpa kos, tanpa penangguhan, dan kesannya dapat terus dirasai,” katanya dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA.
