PETALING JAYA: Pemecatan dan penggantungan pemimpin Bersatu yang dikaitkan dengan ‘kem Hamzah Zainudin’ dilihat sebagai langkah Presiden Muhyiddin Yassin menghakis pengaruh seteru sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam parti.
Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata tindakan itu bertujuan memastikan Hamzah tidak lagi mempunyai jaringan sokongan dalaman yang mampu mencabar kepimpinan presiden, memandangkan kuasa memecat ahli dianggap sebagai senjata paling ampuh untuk melemahkan lawan politik dalam parti.
“Bersatu di ambang krisis sudah lama kerana pertembungan kem Muhyiddin dan Hamzah. Sebab itu dikatakan seboleh-bolehnya Muhyiddin mahu berpegang kepada jawatan presiden, kerana kuasa untuk memecat itu adalah kuasa yang amat ampuh sekali untuk melemahkan lawan politik beliau,” katanya kepada FMT.
