PETALING JAYA: Sepasang kekasih nekad memandu secara melulu sejauh lebih 96km untuk mengelak diberkas polis di daerah Johor Bahru awal pagi tadi.
Tindakan kedua-dua individu itu mencetuskan kejadian kejar-mengejar melibatkan 14 kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) polis dari IPD Johor Bahru Selatan, IPD Johor Bahru Utara dan IPD Seri Alam.
Menurut Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat, dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi itu, seorang lelaki berusia 36 tahun didapati memandu sebuah Proton Wira secara mencurigakan, bersama seorang wanita berusia 34 tahun, sebelum dikesan oleh anggota unit kereta peronda polis.