PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan imigresen dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan didenda RM20,000, oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana meminta dan menerima rasuah daripada dua pembekal sayur-sayuran, enam tahun lalu.
Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail mendapati Zulkifly Abd Za’par bersalah atas 19 pertuduhan bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dia didakwa meminta RM2,000 sebulan dan menerima RM50,000 wang rasuah daripada kedua-dua pembekal itu, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pekerja asing tanpa izin.
