PETALING JAYA: Peguam yang mewakili ahli perniagaan kontroversi Albert Tei, Mahajoth Singh, memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung arahan berkaitan anak guamnya.
Mahajoth mengesahkan permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.
Menurut dokumen mahkamah, Mahajoth mahu membatalkan arahan SPRM pada 29 dan 30 November, yang memanggil peguam itu untuk disoal serta mengemukakan dokumen dan barang-barang berkaitan anak guamnya bawah Seksyen 30(1)(a) dan 30(1)(b) Akta SPRM.
